15 June, 2012

SEKALI LAGI CINTA PART II

NO wonder  aku rasa nak meng’update’ blog aku ini. Hampir seminggu aku tak menjenguk blog aku ini. Selepas aku dapat CINTA aku ni, aku dapat kekuatan nak terus menghiasi ruang blog aku. Yelah aku tengah bahagia. Aku harap rasa bahagia ini akak terus mekar dalam hati aku. By the way, aku nak sambung cite aku ttg sayang aku yang sorang ni. Semasa kat PLKN dulu tu, aku lebik rapat dengan sorang kawan aku bukan dari kompeni yang sama tapi dari kompeni lain, kompeni  Bravo. Ain namanya, aku mula rapat dengan dia sebab aku ngan ain kat AJK surau. Jadi selalu lah kitorang pegi surau Al-Falah sesame. Erm,  aku ngan Ain g mane-mane mesti berdua. Nak g kawat same, g sarapan,g makan tengah hari, minum petang, makan malam sume ngan Ain. Walaupun penampilan aku jauh berbeza ngan Ain, tapi aku tak rasa kekok. Ain berperwatakan muslimah+tudung labuh. Aku pulak biasa-biasa sahaja walaupun labuh sikit tudung aku tak ketara sangat kot sebab aku rendah!! Haha..
Aku ingat lagi. Hari last nak tamat latihan PLKN, aku ada bersama-sama ngan Ain. Rasenyer dalam  kul 2 pagi time sume dak dalam dorm aku dah tido, aku keluar g kat dorm Ain. Nasib baik Ain lum tido lagi. Aku pun bercerita ngan Ain. Macam2.. yang paling bestnyer time sesi aku dgn Ain meluahkan perasaan tentang lelaki yang kitorang minat. 1,2,3... name budak tu HAFIZ!!! Huh!!! Terkejut aku! Ape taknyer kitorang minat lelaki yang sama. Hafiz tu salah seorang AJK surau jugak. Ketawa kitorang sebab tak sangka name yang same kau. Huhu.. aku bagitahu la kay Ain yang aku ada usha Hafiz ni. Mulanya aku bagi surat kat Hafiz. Aku bagi direct tau, bukan passing2. Dia pun ambik ladah aku bagi kan. Lepas tu dalam sseminggu aku tunggu dia x balas surat aku. Last2, satu malam tu lepas minum malam(supper) kat dewan makan. Muz bagi aku surat, dia cakap Hafiz bagi. Balik dorm je aku bace lah. Dia cakap tak kisah nak kawan dengan dia sebab awek dia tak kisah, aku sedikit kecewa la. Sebab aku minat dia. Ingat dapatlah couple. Tapi xpelah aku redha.
Lepas tu. Aku luahkan jugak perasaan aku kat Ain. Aku bagitahu yang aku ada minat+suka ngan kawan baik aku sendiri. Aku ceritakan semuanya pada Ain. Macam  mana aku kenal dia, macam mana aku boleh rapat dengan dia. Sampai peringkat kitorang ada buat deal yang kitorang akan couple dalam masa 6 tahu dari tahun yang kitorang deal  tu (2005). Patutnya kalau ikut janji tu 2011 la kan. Tapi apakan daya dia dah couple dengan perempuan lain. Luluh hati aku. Frust menonggeng kau. Lame mememdam perasaan akhirnya jadi macam nie. Aku dah rapat giler ngan family dia.tahu-tahu jadi camni, sape tak haru! Ain bagi nasihat kat aku. Banyakkan bersabar, mungkin ada hikmah aku jadi macam ni. HIDUP KENA BERANI TERIMA KENYATAAN. Itulah prinsip yang aku pegang sampai hari ini.
Disebabkan itu, aku membawa diri mengubat hati yang lara. Aku teruskan hidup. Aku nak buktikan yang aku boleh terus hidup walaupun dia tak jadi milik aku. Aku tekad lepas PLKN, aku bekerja. Aku kecewa sangat-sangat bila tak dapat masuk maktab. Thats why aku terus apply bekerja. Ada jugak kawan-kawan aku pujuk untuk sambung Tingkatan 6, tapi aku tawar hati. aku mulanya dapat tawaran belajar kat POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH, kat Shah Alam. Aku nak sangat pergi siap aku bertekak ngan abah. Abah berkeras tak bagi aku per