11 December, 2012

CINTA SEMALAM


Cinta semalam…

Kenapa dengan cinta semalam? Cinta semalamlah yang membuatkan aku kuat hari ni. Tak kisahlah orang nak cakap aku ni apa sekalipun. Itu hak kita. Jangan pernah menidakkan hak kita untuk mencintai dan dicintai. Jangan pernah kita membandingkan cinta kita dengan cinta orang lain. Jangan pernah nak meninggi diri kerana berjaya memiliki sang pencinta yang berstatus PROFESIONAL di hadapan semua orang. Tutuplah semua itu selagi kita belum bergelar SUAMI @ ISTERI kepada pasangan kita itu secara sah. Kelak memakan diri, perit sakit pedih dan malu. Dengan adanya cinta semalam, aku sematkan bahawa aku perlu dan wajib menjaga, melindunginya sepenuh-penuh baik. Aku taknak cinta-cinta yang bertahun dahulu berulang kembali episodnya. Tapi dengan pengajaran yang aku dapat daripada kesah cinta yang berlaku di masa lampau menjadikan aku insan yang kuat dan menjadikan aku lebih matang dalam meniti usia yang semakin pendek ini. Jangan kau fikir aku kalah dan kecewa setelah ditinggalkan hanya dengan alasan yang tidak munasabah dan tidak masuk akal.
Aku manfaatkan segala janji palsu kau itu dulu untuk aku bangkit dan buktikan aku boleh hidup tanpa mendambakan janji kau dulu. Penantian yang bertahun membuatkan aku kuat dan menanam AZAM setinggi langit yang bakal aku capai dan buktikan di hadapan kau. Aku sedar, aku bukanlah permata yang kau dambakan selama ini. Aku hanya mampu mendoakan kebahagiaan kau bersama dengan si dia.mungkin sudah tertulis tiada JODOH antara kita. Aku sudah puas meratap dan menangis mengenangkan harapan yang aku idamkan untuk bersama dengan kau. Terima kasih kerana pernah memberi aku peluang menanti pelaksanaan sebuah janji semasa kita kecil dahulu. Semoga kau berjaya dengan apa yang ada sekarang.
CINTA SEMALAM juga memberi aku inspirasi untuk kuat menghadapi hari-hari sebagai mahasiswa. Memanglah orang kata kejar cita-cita dahulu barulah mengejar cinta. Tapi bagi aku ianya FITRAH bagi semua manusia untuk merasai CINTA. Aku berasa sungguh bahagia dapat merasakan kebahagiaan bercinta dengan orang yang amat mencintai aku. Tak kisah lah orang nak kata aku romantic, jiwang dan apa sekalipun, yang penting aku ada kehidupan aku sendiri. Abang, sayang janji sayang akan tunggu abang. Kerana, hanya abanglah pilihan hati sayang. Thanks sebab bagi sayang peluang merasakan CINTA SEMALAM. Sayang akan manfaatkan supaya CINTA SEMALAM menjadi CINTA HATIKU SELAMANYA. Dalam ketidakpenatan mengejar masa depan, sayang akan cuba membantu abang. Sebab, abang benar-benar ingin hidup bersama dengan sayang, ada anak dengan sayang…kan???
Sayang akan cuba menjadi yang terbaik disisi abang. Mendengar alunan azan tatkala sayang menaip ini membuatkan sayang terimbau kembali saat-saat abang mengalunkan azan semasa di KEM PLKN dahulu. Serasa beruntungnya sesiapa yang berjaya memiliki abang walaupun masa itu sayang tahu bukan sayang di hati abang. Rakan-rakan lain juga mengatakan suara alunan azan abang yang “sedap” di dengar. Sayang mengharapkan abang akan menjadi IMAM dan PEMIMPIN dalam kehidupan berkeluarga kita kelak. Sayang akan cuba merealisasikan semua yang abang inginkan. Maafkan sayang seandainya sayang banyak melukakanhati abang dan melupakan apa yang patut sayang ingat. Thanks jugak sebab abang sudi dengar semua cerita, masalah, gelak ketawa daripada sayang. Sayang rasa lega bila dapat buat semua itu dengan abang. Abanglah pendengar yang setia walaupun sayang tahu abang mempunyai banyak lagi bebanan yang abang sedang pikul. Ketahuilah, sayang akan tetap menyayangi dan mencintaimu seumur hidupku.Dunia akhirat cinta sayang utuk abang. Hanya ajal yang boleh memisahkan kita. Seandainya sayang pergi dulu, maafkan sayang dan carilah pengganti. Teruskan hidup dan realisasikan segala cita-cita abang itu. Kerna sayang tahu sayang sudah terlanjur mencintai abang. Abang, sayang rindukan abang. <3 <3 <3

No comments:

Post a Comment