02 May, 2015

D U G A A N . . F Y P

Assalamualaikum kawan-kawan.

Lama sy x update blog. Almost 3 years kot. Last update 2012. Ni 2015. Never mind. Ni pon mimpi sebab tadi berborak dgn hosmet psl blogger2 terkenal.
Sy nie biase2 sahaja. Hihiks.

Btw, sy kini final year student. (F Y S)
At the same time tengah struggle menyiapkan F Y P. Malam nie noktah sudah BAB 5. Namun, masih banyak lagi lompang harus dibaiki.

Dugaan sy rasa. Lgi kuat daripada Semester 1 dulu. Dengan ketiadaan wang saku untuk membiayai perjalanan pengajian yang berliku- liku. Tapi? Sy tanamkan azam. Kalau course mate lain boleh submit final draft, takkan saya tak boleh jugak? Sama2 buat. Tempoh sama.Cuma kaedah, olahan, teknik saja yang membezakan dapatan kita.

Sedih juga tak dapat balik kampung. Kalau tak mesti sy xlekat kt uma. Berjlan saja.

Ok. Mata mengantok. Daa.
Assalam semua.

11 December, 2012

CINTA SEMALAM


Cinta semalam…

Kenapa dengan cinta semalam? Cinta semalamlah yang membuatkan aku kuat hari ni. Tak kisahlah orang nak cakap aku ni apa sekalipun. Itu hak kita. Jangan pernah menidakkan hak kita untuk mencintai dan dicintai. Jangan pernah kita membandingkan cinta kita dengan cinta orang lain. Jangan pernah nak meninggi diri kerana berjaya memiliki sang pencinta yang berstatus PROFESIONAL di hadapan semua orang. Tutuplah semua itu selagi kita belum bergelar SUAMI @ ISTERI kepada pasangan kita itu secara sah. Kelak memakan diri, perit sakit pedih dan malu. Dengan adanya cinta semalam, aku sematkan bahawa aku perlu dan wajib menjaga, melindunginya sepenuh-penuh baik. Aku taknak cinta-cinta yang bertahun dahulu berulang kembali episodnya. Tapi dengan pengajaran yang aku dapat daripada kesah cinta yang berlaku di masa lampau menjadikan aku insan yang kuat dan menjadikan aku lebih matang dalam meniti usia yang semakin pendek ini. Jangan kau fikir aku kalah dan kecewa setelah ditinggalkan hanya dengan alasan yang tidak munasabah dan tidak masuk akal.
Aku manfaatkan segala janji palsu kau itu dulu untuk aku bangkit dan buktikan aku boleh hidup tanpa mendambakan janji kau dulu. Penantian yang bertahun membuatkan aku kuat dan menanam AZAM setinggi langit yang bakal aku capai dan buktikan di hadapan kau. Aku sedar, aku bukanlah permata yang kau dambakan selama ini. Aku hanya mampu mendoakan kebahagiaan kau bersama dengan si dia.mungkin sudah tertulis tiada JODOH antara kita. Aku sudah puas meratap dan menangis mengenangkan harapan yang aku idamkan untuk bersama dengan kau. Terima kasih kerana pernah memberi aku peluang menanti pelaksanaan sebuah janji semasa kita kecil dahulu. Semoga kau berjaya dengan apa yang ada sekarang.
CINTA SEMALAM juga memberi aku inspirasi untuk kuat menghadapi hari-hari sebagai mahasiswa. Memanglah orang kata kejar cita-cita dahulu barulah mengejar cinta. Tapi bagi aku ianya FITRAH bagi semua manusia untuk merasai CINTA. Aku berasa sungguh bahagia dapat merasakan kebahagiaan bercinta dengan orang yang amat mencintai aku. Tak kisah lah orang nak kata aku romantic, jiwang dan apa sekalipun, yang penting aku ada kehidupan aku sendiri. Abang, sayang janji sayang akan tunggu abang. Kerana, hanya abanglah pilihan hati sayang. Thanks sebab bagi sayang peluang merasakan CINTA SEMALAM. Sayang akan manfaatkan supaya CINTA SEMALAM menjadi CINTA HATIKU SELAMANYA. Dalam ketidakpenatan mengejar masa depan, sayang akan cuba membantu abang. Sebab, abang benar-benar ingin hidup bersama dengan sayang, ada anak dengan sayang…kan???
Sayang akan cuba menjadi yang terbaik disisi abang. Mendengar alunan azan tatkala sayang menaip ini membuatkan sayang terimbau kembali saat-saat abang mengalunkan azan semasa di KEM PLKN dahulu. Serasa beruntungnya sesiapa yang berjaya memiliki abang walaupun masa itu sayang tahu bukan sayang di hati abang. Rakan-rakan lain juga mengatakan suara alunan azan abang yang “sedap” di dengar. Sayang mengharapkan abang akan menjadi IMAM dan PEMIMPIN dalam kehidupan berkeluarga kita kelak. Sayang akan cuba merealisasikan semua yang abang inginkan. Maafkan sayang seandainya sayang banyak melukakanhati abang dan melupakan apa yang patut sayang ingat. Thanks jugak sebab abang sudi dengar semua cerita, masalah, gelak ketawa daripada sayang. Sayang rasa lega bila dapat buat semua itu dengan abang. Abanglah pendengar yang setia walaupun sayang tahu abang mempunyai banyak lagi bebanan yang abang sedang pikul. Ketahuilah, sayang akan tetap menyayangi dan mencintaimu seumur hidupku.Dunia akhirat cinta sayang utuk abang. Hanya ajal yang boleh memisahkan kita. Seandainya sayang pergi dulu, maafkan sayang dan carilah pengganti. Teruskan hidup dan realisasikan segala cita-cita abang itu. Kerna sayang tahu sayang sudah terlanjur mencintai abang. Abang, sayang rindukan abang. <3 <3 <3

15 June, 2012

SEKALI LAGI CINTA PART II

NO wonder  aku rasa nak meng’update’ blog aku ini. Hampir seminggu aku tak menjenguk blog aku ini. Selepas aku dapat CINTA aku ni, aku dapat kekuatan nak terus menghiasi ruang blog aku. Yelah aku tengah bahagia. Aku harap rasa bahagia ini akak terus mekar dalam hati aku. By the way, aku nak sambung cite aku ttg sayang aku yang sorang ni. Semasa kat PLKN dulu tu, aku lebik rapat dengan sorang kawan aku bukan dari kompeni yang sama tapi dari kompeni lain, kompeni  Bravo. Ain namanya, aku mula rapat dengan dia sebab aku ngan ain kat AJK surau. Jadi selalu lah kitorang pegi surau Al-Falah sesame. Erm,  aku ngan Ain g mane-mane mesti berdua. Nak g kawat same, g sarapan,g makan tengah hari, minum petang, makan malam sume ngan Ain. Walaupun penampilan aku jauh berbeza ngan Ain, tapi aku tak rasa kekok. Ain berperwatakan muslimah+tudung labuh. Aku pulak biasa-biasa sahaja walaupun labuh sikit tudung aku tak ketara sangat kot sebab aku rendah!! Haha..
Aku ingat lagi. Hari last nak tamat latihan PLKN, aku ada bersama-sama ngan Ain. Rasenyer dalam  kul 2 pagi time sume dak dalam dorm aku dah tido, aku keluar g kat dorm Ain. Nasib baik Ain lum tido lagi. Aku pun bercerita ngan Ain. Macam2.. yang paling bestnyer time sesi aku dgn Ain meluahkan perasaan tentang lelaki yang kitorang minat. 1,2,3... name budak tu HAFIZ!!! Huh!!! Terkejut aku! Ape taknyer kitorang minat lelaki yang sama. Hafiz tu salah seorang AJK surau jugak. Ketawa kitorang sebab tak sangka name yang same kau. Huhu.. aku bagitahu la kay Ain yang aku ada usha Hafiz ni. Mulanya aku bagi surat kat Hafiz. Aku bagi direct tau, bukan passing2. Dia pun ambik ladah aku bagi kan. Lepas tu dalam sseminggu aku tunggu dia x balas surat aku. Last2, satu malam tu lepas minum malam(supper) kat dewan makan. Muz bagi aku surat, dia cakap Hafiz bagi. Balik dorm je aku bace lah. Dia cakap tak kisah nak kawan dengan dia sebab awek dia tak kisah, aku sedikit kecewa la. Sebab aku minat dia. Ingat dapatlah couple. Tapi xpelah aku redha.
Lepas tu. Aku luahkan jugak perasaan aku kat Ain. Aku bagitahu yang aku ada minat+suka ngan kawan baik aku sendiri. Aku ceritakan semuanya pada Ain. Macam  mana aku kenal dia, macam mana aku boleh rapat dengan dia. Sampai peringkat kitorang ada buat deal yang kitorang akan couple dalam masa 6 tahu dari tahun yang kitorang deal  tu (2005). Patutnya kalau ikut janji tu 2011 la kan. Tapi apakan daya dia dah couple dengan perempuan lain. Luluh hati aku. Frust menonggeng kau. Lame mememdam perasaan akhirnya jadi macam nie. Aku dah rapat giler ngan family dia.tahu-tahu jadi camni, sape tak haru! Ain bagi nasihat kat aku. Banyakkan bersabar, mungkin ada hikmah aku jadi macam ni. HIDUP KENA BERANI TERIMA KENYATAAN. Itulah prinsip yang aku pegang sampai hari ini.
Disebabkan itu, aku membawa diri mengubat hati yang lara. Aku teruskan hidup. Aku nak buktikan yang aku boleh terus hidup walaupun dia tak jadi milik aku. Aku tekad lepas PLKN, aku bekerja. Aku kecewa sangat-sangat bila tak dapat masuk maktab. Thats why aku terus apply bekerja. Ada jugak kawan-kawan aku pujuk untuk sambung Tingkatan 6, tapi aku tawar hati. aku mulanya dapat tawaran belajar kat POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH, kat Shah Alam. Aku nak sangat pergi siap aku bertekak ngan abah. Abah berkeras tak bagi aku per

02 April, 2012

SEKALI LAGI CINTA

SEKALI LAGI CINTA??


Itulah yang berlaku pada aku. Sekali lagi aku menemukan cinta. Kali  ini cinta yang aku dapat aku harap sangat2 dapat berkekalan hingga ke akhir hayat. Cinta yang sekali ini hasil daripada aku menghubunginya semula. Walau dalam diam dia pun sudah menyimpan hasrat untuk memiliki cinta aku. Sejak awal aku menghubungi dia. aku rasa semacam. Perasaan aku lebih tenang bila seringkali berSMS, ber MMS, walhal pada mulanya kami berkawan biasa. Aku mengenali sang CINTA ku ini sejak kami sama-sama di PLKN. PLKN Teluk Sari, Mersing. Masa tu akhir bulan 12 2008 - 12hb 3 2009. Aku ingat lagi, waktu kami bersembang dan berbual  hanya pada waktu riadah petang sahaja.Maklumlah,time tu aku merupakan salah seorang pelatih yang paling kecil dan paling comel, jadi tak ada mana-mana kumpulan ajak join main bola jaring@ bola baling. Thats why aku tengok je pelatih-pelatih lain. Haha.. Sang CINTA aku pula time tu badan dia 'sihat', jadi dia pun malas nak join, itu sebab aku dapat bersembang dengan dia tiap kali riadah petang. Banyak yang kami bualkan masa tu, tapi banyak yang dia cerita tentang kekasih dia la tapi sekarang dah jadi EX. hoho. Aku pulak jadi pendengar setia cerita dia. Aku ingat lagi ada kawan satu kompeni aku tanya kat aku "kowg couple ke"?? ... 


WILL BE CONTINUE..... 

BY: eYzzA